Peraturan Pusat Sumber Sekolah

Peraturan Pusat Sumber
Murid-murid cuma boleh masuk ke pusat sumber pada masa yang ditetapkan dengan ditemani oleh guru kelas dan mesti mematuhi peraturan-peraturan yang berikut:
1.   Tidak boleh membuat bising di dalam pusat sumber.
2.   Tidak boleh membawa beg, makanan dan minuman ke pusat sumber.
3.   Semasa memasuki dan meninggalkan pusat sumber, murid mesti diperiksa oleh pengawas
      pusat sumber.
4.   Murid bukan pengawas pusat sumber dilarang memasuki kaunter.
5.   Murid mesti beratur untuk memulangkan buku. Sesiapa yang lewat memulangkan buku  akan didenda 10 sen bagi setiap buku. Murid itu juga tidak dibenarkan meminjam buku  untuk minggu itu.
6.   Setelah memulangkan buku, murid boleh mengambil balik kad pinjaman dan terus pergi
 meminjam buku.
7.   Setiap murid hanya boleh meminjam tiga buah buku (atau 2 buah buku dengan sebuah VCD) , iaitu sebuah buku Bahasa Cina, sebuah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Bahasa Inggeris.
8.   Apabila meminjam buku, pastikan buku itu berada dalam keadaan yang  baik. Buku yang mempunyai sebarang kerosakan mestilah beritahu  pengawas pusat sumber. Buku yang didapati rosak setelah dipinjam, mesti ditanggung oleh peminjam.
9.  Serahkan kad pinjaman kepada pengawas pusat sumber di kaunter pinjaman. Setelah meminjam buku, semakkan tarikh pemulangan yang dicap oleh pengawas. Pastikan tarikh itu adalah betul.
10. Buku yang mempunyai No. Panggilan bermula dengan huruf “F” ialah buku fiksyen, seperti FC, FM, FI/FE. Buku yang bernombor ialah buku bukan fiksyen.
11. Buku “Titik merah” ialah buku rujukan, hanya untuk dibaca di pusat sumber. Buku “Titik biru” adalah kegunaan guru. Buku yang mempunyai label hijau dan jingga adalah buku pinjaman kelompok. Hijau bagi murid Tahap I manakala jingga untuk murid Tahap II. Semua buku tersebut tidak boleh dipinjam.
12. Buku mesti diletakkan semula di tempat asalnya mengikut No. Panggilan setelah dibaca.
13. Murid yang didapati mencuri, menyembunyikan, atau merosakkan  buku akan didenda.
 Kad pinjamannya akan diambil balik dan tidak boleh meminjam buku lagi.
14. Setelah meminjam buku, sebahagian murid boleh beredar ke E-PSS dan menggunakan
      kemudahannya. 
15. 5 minit sebelum meninggalkan pusat sumber, murid harus membantu  pengawas pusat
      sumber mengemaskan buku.
Peraturan-peraturan Penggunaan E-PSS
Disiplin
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki E-PSS.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam E-PSS.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke E-PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.
7. Pelajar dikehendaki mengisikan Rekod Penggunaan yang terletak di atas meja komputer.

Bahan-bahan E-PSS
1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan
    ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2. Segala perisian di dalam bilik ini tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan
    Guru PSS.
 
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan E-PSS.






No comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI PSS TAHUN 2021