Peranan dan Fungsi Pusat Sumber Sekolah
1. Secara ideal PSS itu bertindak sebagai agensi pusat untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan murid-murid.
2. PSS berkhidmat sebagai pusat di mana bahan-bahan itu dapat digunakan secara individu atau berkumpulan.
3. PSS merupakan satu bank di mana bahan-bahan pendidikan menjadi alternatif untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah.
4. PSS merupakan pusat perantaraan antara sekolah dengan agensi perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam, pusat sumber negara dan sebagainya.
5. PSS membolehkan guru-guru dan murid-murid mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang berkaitan dengan bidang pelajaran.
6. PSS memberi panduan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan-bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.
7. PSS menjalankan tugas untuk menilai dari semasa ke semasa setiap bahan yang diperolehi.
8. PSS hendaklah menentukan bahawa bahan-bahan yang dihasilkan atau yang diperolehi itu adalah selaras dengan kehendak kurikulum sekolah.
9. PSS itu hendaklah memandang jauh dengan membuat perancangan supaya penumpuannya selaras dengan kehendak zaman teknologi maklumat serta perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
No comments:
Post a Comment